Posts

Showing posts from August, 2016

masa

"katanya sayang tapi asyik sibuk 24jam" kau kena ingat bukan 24jam orang tu sentiasa ada masa untuk kita dia ada hal dia sendiri ativiti dia sendiri urusan dia sendiri cuba untuk faham masa orang lain :)

cari

jiwa rasa kosong ibarat ada yang tertinggal cari punya cari akhirnya jumpa kau tahu apa dia? ALLAH. kau cuma letak DIA di hati masa susah tapi buang masa senang

perasaan

perasaan itu unik kadang bertindak diluar jangkauan kita paling best sekali dia jatuh hati tanpa dipaksa sedar-sedar saja hati dah berbunga-bunga boleh jadi orang yang kau benci kemarin bertukar jadi orang yang kau sayang hari ni boleh jadi orang yang kau menyampah dulu bertukar jadi orang yang paling kau cinta sekarang tak mustahil. kenapa? kerana hati itu sifatnya berbolak-balik

terima kasih :)

setiap orang ada insan istimewa dalam hidupnya. ya, begitu juga aku. selain keluarga, aku punya dia. dia selalu ada di setiap saat. bukan saja saat senang bahkan juga saat susah. dia memilih untuk cuba bertahan walaupun tahu kekurangan dia memilih untuk melindungi walaupun dia tahu dia akan disakiti dia memilih untuk tersenyum walaupun tatkala jiwanya meraung  dia memilih untuk berdiam saat marah berbanding melemparkan amarahnya dia memilih untuk membantu walaupun jasadnya lelah dia memilih untuk menghiburkan walaupun sukar dan yang paling penting DIA MEMILIH UNTUK SETIA WALAUPUN SAAT DIA MAMPU TINGGALKAN terima kasih :)

kuatlah wahai diri

tubuh itu makin lemah jasadnya makin rapuh jiwanya makin terseksa mentalnya makin sakit bersabarlah duhai diri, ujian itu bukan membebankan ujian itu menguatkan ingatkah kau surah Al-Baqarah ayat 286 ? la yukallafu allahu nafsan illa wus a'haa Allah tidak menguji diluar kemampuan hamba-Nya rawatlah diri dengan kalam-Nya aku mengerti ujian itu pahit tapi kau kena ingat ganjarannya manis :)