behind the smile ~

assalamualaikum :)

terdapat seribu satu rahsia d sebalik senyuman seorang wanita. wanita ni hebat. sangat hebat kalau kaum adam ingin tahu. kaum hawa dpat membuat senyuman palsu untuk menyembunyikan 1001 perasaan yg ada dlm hatinya. dan lagi hebat apabila semua org percaya bahaya senyuman palsu itu ialah senyuman yg ikhlas seorang wanita tu lemparkan. lemparkan senyuman k bukan lemparkan batu , besi or kayu . hihi

saat seorang kaum hawa itu sedang sedih , dia masih dapat tersenyum untuk melihat orang lain gembira. selalunya kaum hawa yg sering tertawa dan tersenyum d hadapan semua org dia lah yg selalunya menangis ketika bersendirian. dia bukan hipokrit. tp dia x mahu menyusahkan org lain. dia hanya perlu bersendirian.menangis seorang diri. itu salah satu cara untuk buat hati seorang wanita sedikit tenang.

dia senyum pada semua orang sehingga tiada seorang pun tahu keperitan dalam hatinya. senyumannya dapat menipu sesiapa sahaja yg melihatnya. dari luaran dia nampak bahagia. namun dalam hatinya hanya Penciptanya sahaja yg tau betapa sakitnya hati.

kesedihan , kekecewaan dan keperitan itu dia lalui sendiri tanpa ada seorang pun yg tahu. di atas tikar sejadah dia meluahkan semua isi hatinya kpda Allah SWT . hanya Allah SWT sahajalah yg dpt buat dia tenang. meskipun dia tdk dpt melihat Tuhan yg amat d sayanginya itu. namun setiap kali meluahkan tentang perasaannya, seolah-olah dia berasa Tuhannya dekat dengannya. bahkan lebih dekat dripda nadinya.

dia tahu, sedih bagai apa pun dia, dia yakin ALLAH SWT tetap ada bersamanya. dia tahu, Sang Penciptanya tidak akan membiarkan dia sendirian :') biarlah senyuman palsu ini menjadi temannya :')





Comments

Popular posts from this blog

saya suka awak :)

best friend since 2003 :')