hargai dia~

'ibu tak kira Amar mesti kahwin dengan pilihan ibu dan abah' bentak ibu. Amar hanya berdiam diri. 'tapi bu Amar tak sedia nak mendirikan rumah tangga buat masa sekarang' kata Amar. 'apa yg kamu tak sedia lagi Amar? kamu bukan org susah.kamu CEO syarikat abah.nak apa2 semua abah bagi.kami tak pernah minta apa2 daripada kamu.' tiba2 ayah bersuara. 'lagipun kami dah tengok bakal menantu kami tu.orangnya baik.solehah.ada ijazah kat Universiti AL-Azhar lagi' tambah abah.

muka Amar berubah. solehah?lulusan al-Azhar? matilah aku. mcm mana aku nak kahwin dengan ustazah. aku ni dah lah kaki perempuan,kaki botol.tak kan lah aku kena kahwin dengan prmpuan mcm tu

'Amar,kamu dengar tak apa yg kami cakap ni?' tanya ibu. 'iya Amar dengar.' jawab Amar acuh tak acuh.
'abah tak kira.abah nak kamu kahwin jugak dengan budak tu. kalau kamu tak nak.abah lucutkan jawatan kamu sebagai CEO syarikat.' tegas abah.

arrghhhhh ! gilaaaa ! ini gilaaa ! tak kan lah aku nak kahwin dengan prmpuan mcm tuuu ! . hati Amar berkata-kata sndiri

'aku terima nikahnya Nur Balqis Umairah binti Haji Osman bin Yunus dengan mas kahwin RM80 tunai.' kata-kata azimat itu lancar saja keluar dari mulut Amar. sebaik sahaja dia meluncurkan kata-kata itu dari mulutnya,kini dia sah menjadi suami kepada Nur Balqis Umairah. seorang muslimah solehah lulusan al-Azhar. arghhhh! ini mimpi! kolotnya cara dia berpakaian . kenapa perlu menutup sebahagian muka mcm perompak. klau bukan kerana ugutan abah aku tak akan kahwin dengan kau. desis hati Amar.

sejak pertama kali melihat isterinya, Amar langsung tidak menyimpan sebarang perasaan.baginya isterinya itu tidak pandai bergaya dan pelik. dia pelik melihat isterinya menutup sebahagian mukanya.hanya mata dah dahi yg kelihatan. dia tak panas ke tutup satu badan mcm tu?rimas aku tengok. Amar membebel sendiri.

'abang,bangunlah.dah azan subuh.' lembut suara Balqis mengejutkan suaminya. 'kau solatlah dulu.jap lagi aku solat.' dengus Amar. seumur hidupnya tak pernha lagi dia mendirikan solat subuh.dia hanya solat setahun sekali.iaitu solat sunat Aidilfitri. Balqis hanya merenung wajah suaminya dengan penuh syahdu.

'abang,saya dah siapkan pakaian abang nak pergi kerja.sarapan pun saya dah sediakan.' kata Balqis. 'kau tak perlu buat semua tu.aku tak perlukan pertolongan kau.lagipun kat rumah ni ada orang gaji.tak payah nak susahkan diri kau.faham?' Amar lantas mengorak langkah ke bilik air. sabar balqis ini mungkin ujian dariNya. kata balqis dalam hati.

seminggu mendirikan rumah tangga bersama Amar,Amar tak pernah melayan Balqis sperti seorang isteri. Amar sering kali pulang lewat.Balqis akan tetap menunggu Amar d meja makan. 'hoiii bngunlahh! yang kau tidur kat sini apasal?!' bentak Amar tiba2. Balqis terkejut mendengar suara suaminya yg agak lantang. 'maafkan balqis bang.balqis tunggu abang balik.abang dah makan?' tanya balqis ayu. 'dah!dah! takpayah nak tunjuk baik.jangan panggil aku abang.aku bukan abang kau.faham?! aku kahwin dengan kau sebab ibu dan abah aku yang paksa.kalau tak jangan haraplah aku nak kahwin dengan perempuan kolot macam kau ni.bukan citarasa aku tau tak! aku tengok pun takde selera.' tengking Amar. terasa panas pipi Balqis apabila tangan Amar menampar pipinya yang gebu. airmata balqis bagaikan air terjun yg laju mengalir. ya Allah,kuatkanlah hati hamba Mu ini untuk menempuh segala ujian yg Engkau berikan. rintih hati Balqis.

sedang khusyuk Balqis berdoa kita selesai solat subuh tiba2 telefon bimbitnya berbunyi.segera balqis menjawab panggilan telefon yg tdk di kenalinya. 'assalamualaikum,maaf siapa ni?' tnya balqis sopan. 'walaikumsalam.maaf mengganggu.puan ni ada kaitan ke dengan encik Muhammad Amar Irfan Bin Ilyas?' tnya orang itu. 'saya isterinya encik.ada apa ya?' balqis mula tertanya-tanya. 'oh isterinya.saya minta puan dtg ke hospital sekarang ya puan kerana suami puan mengalami kemalangan.sekarang dia berada dlm wad kecemasan.' dunia balqis seakan-akan gelap. 'baiklah saya ke sana segera.' ya Allah,tabahkanlah hati ku.berilah kekuatan kepada suami ku ya Allah.seburuk apa pun dia.dia tetap suami ku.

'abang,balqis kat sebelah abang ni.buka lah mata abang.' suara balqis sayup-syup kedengaran kerana menahan sebak. 'maaf,puan siapa?' tanya doktor berbangsa india. 'saya isteri dia doktor.kenapa ya?' tanya balqis. 'boleh kita berbincang d luar sbentar?' tnya doktor Dewi dengan lembut. Balqis hanya mengangguk perlahan. tenaganya seakan-akan ghaib melihat keadaan suaminya yg berlumuran darah.

'Amar perlukan penderma jantung . jantungnya sangat lemah.jika kita lambat bedah Amar,saya tak yakin nyawanya dlm keadaan selamat.' kata2 doktor dewi buat airmata balqis mengalir deras. tubuhnya sperti d sambar petir. kaku! 'saya sedia untuk mendermakan jantung saya kpada Amar doktor.' kata2 itu spontan keluar dari mulut Balqis.

setelah 3hari koma,barulah hari ini Amar sedar.sepanjang koma dia hanya melihat bayangan wajah Balqis. sebaik sahaja membuka mata, dia melihat ibu , abah , ayah dan mak d tepi katilnya. matanya mencari kelibat balqis namun tiada. perlahan-lahan mulutnya berkata 'ibu,balqis mana?' ibu dan abah hanya saling berpandangan. begitu juga ayah dan mak balqis. 'kamu rehatlah dulu ya Amar.keadaan kamu blum ckup pulih lagi.' kata ibu. Amar hanya memandang wajah2 tua d sekelilingnya. apa yg terjadi?mana balqis? tanya hatinya. entah mengapa hatinya tiba2 merindui gadis itu.

hari ni Amar sudah boleh pulang ke rumah. sampai sahaja di rumah Amar segera mencari Balqis. tiba2 matanya tertumpu pada surat yg terletak d meja solek. perlahan-lahan Amar mengambil surat itu.

untuk abang .

Amar segera membaca isi surat itu.

assalamualaikum Muhammad Amar Irfan Bin Dato' Ilyas.

saya Nur Balqis Umairah binti Haji Osman ingin minta maaf jika ada silap dan salah. saya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.
 saya tahu awak tak suka saya jadi isteri awak. maaf jika saya tak sempurna jadi isteri awak. maafkan saya sebab berpakaian kolot. saya memang tak tahu mcm mana nak bergaya. maaf juga jika awak malu dapat isteri macam saya kerana sering menutup sebahagian muka saya. saya menutup sebahagian muka saya kerana hanya orang tertentu saja dapat melihat wajah saya. hanya suami saya sahaja yg saya benarkan tatap wajah saya.  maafkan saya jika saya selalu menyusahkan awak.maaf jika saya selalu buat awak marah. saya takde niat nak buat awak marah. saya buat semua tu sebab saya syg awak. terima kasih kerana sudi menjadi suami saya selama 2bulan 22hari. setiap saat bersama awak saya hargai dan saya akan ingat smpai bila2. maaf jika awak baca surat ni saya dah takde di samping awak. maaf kerana lepas ni saya tak dpat nak siapkan pakaian awak nak pergi kerja.tak dapat nak sediakan sarapan untuk awak dan tak dapat lagi nak tunggu awak balik rumah jam3 pagi. saya minta maaf bang. halalkan makan minum saya ya. jika awak ada waktu yang terluang berdoalah kat Allah semoga satu hari nanti kita d pertemukan d syurgaNya.

surat yg di baca membuat dunia Amar gelap gelita. apa maksud semua ni? Balqis awak kat mana syg? otak Amar bercelaru. 'ibu,abah.tolong bgtahu Amar.Balqis mana?' tanya Amar dengan nada menahan sebak. ibu memandang abah meminta abah menjelaskan segala-galanya. 'ibu amar tanya ni.balqis mana?!' suara amar meninggi. ibu lantas mengalirkan airmata. abah mengusap rambut amar.

'balqis dah pergi berjumpa dengan kekasihNya.Amar.' jawab abah. 'apa maksud abah?' amar inginkan kepastian. 'sebenarnya masa kamu kemalangan tempoh hari, jantung kamu sangat lemah.jika doktor lmbat melakukan pembedahan pasti kini kamu tiada lagi. masa tu hanya balqis yg ada d hospital. dia tak sanggup melihat keadaan kamu pada waktu tu. dia nekad nak dermakan jantung dia pada kamu. surat yg kamu baca tu ialah surat yg dia tulis sbelum melakukan pembedahan.dia menyuruh doktor Dewi yg menyampaikannya kepada kmi untuk kamu baca jika kamu dah sedar.' airmata Amar mengalir laju. 'amar banyak dosa kat balqis abah.amar bukan suami yg baik abah.amar perlukan balqis.' raung amar. 'sabarlah amar.mungin sudah takdir.' abah cuba menenangkan amar.ibu hanya menangis melihat keadaan amar yg tidak terurus.

SEBULAN KEMUDIAN

'balqis,abang rindu balqis.abang berharap suatu hari nanti allah mempertemukan kita d syurgaNya.abang kini dah berubah.bukan mcm amar yg balqis kenal dlu.abag dah tinggalkan dunia gelap abang.terima kasih balqis.kehadiran balqis membuka pintu hati abang.kehilangan balqis buat abang ingat pada tuhan.abang sayang balqis.balqis isteri amar selamanya.dunia dan akhirat.' setelah selesai melawat kubur balqis,amar segera ke surau yg berdekatan dngan tanah perkuburan islam itu.telah masuk waktu zohor bagi kawasan kuala lumpur. sebelum menunaikan solat,hati amar tergerak untuk menghantar pesanan ringkas untuk ibunya

ibu maafkan amar jika banyak kali sakitkan hati ibu.halalkan makan minum amar ya ibu.

send.

ketika ingin sujud kepala amar tiba2 berpusing.seperti ingin pitam. tak di pinta amar rebah ke lantai.dia melihat tubuh seorang wanita di sisinya untuk menyuruhnya mengucap dua kalimah syahadah. amar amati wajah itu betul2.wajah itu ialah wajah isterinya. lancar sahaja mulut amar mengucap kalimah indah itu. matanya terpejam seperti bayi yg tidur lena.




Comments

Popular posts from this blog

saya suka awak :)

best friend since 2003 :')