bila hidayah Allah datang menyapa ~

siapa sangka seorang lelaki yang sangat suka bersosial kini berubah. dulu dunia ialah syurga bagi Tengku Ariff Daniel. segala-galanya boleh di beli dengan wang. wang,harta dan kemewahan ialah segala-galanya. Daniel terkenal dengan sifat kaki perempuannya. kelab malam ibarat rumah keduanya. arak bagaikan minuman yg harus di minum setiap hari seperti minum air mineral. bersentuhan dengan bukan mahram ialah perkara biasa baginya. walaupun dia sudah berumah tangga bersama Aisyah,sifatnya tidak berubah.tetapi bertambah teruk kerana dia tunjuk perasaan sebab di paksa berkahwin bersama Aisyah.

Aisyah seorang wanita muslimah.Dia menutup aurat dengan sempurna.Dia memakai purdah. cara pamakaian Aisyah itu buat Daniel malu mengaku bahawa Aisyah ialah isterinya.Dia lebih suka bermanja bersama Fasha.

tapi.....semuanya telah berubah saat dia mengalami kemalangan yang cukup ngeri baginya. kemalangan yang berlaku akibat kegagalan mengawal kereta kerana mabuk hampir menemui ajal Daniel. dia koma selama 3hari berturut-turut. sepanjang koma dia mengalami pelbagai peristiwa aneh.

'woi!aku kat mana ni?!' jerit Daniel sekuat hati tatkala melihat keadaan sekelilingnya yang gelap gelita.

Tiba-tiba muncul seorang perempuan membawa bayi. Daniel menghampiri perempuan itu. 'Fasha...?' panggil Daniel. 'aku kat mana? apa kau dah buat kat aku?!' tanya Daniel dengan nada suara yang agak lantang.

Tiba-tiba daniel menjerit saat melihat tangan Fasha. bukan bayi tapi sebaliknya janin yang belum jadi. 'erghh! apa ni?! kau gilaaa!' jerit Daniel.

'hahaha! aku tak gila daniel! kau yang gila! kau gila harta! kau gila perempuan! kau sepatutnya mati!' jerit fasha. 'oiii betina! apa kau merepek ni? aku kat mana?! jawab!' gesa Daniel. 'kau di antara hidup dan mati Daniel.hahaha.' jawab fasha. 'huh? apa kau merepek ni?!' Daniel hampir saja menampar fasha tiba-tiba seorang lelaki memegang tangan Daniel. Daniel renung wajah itu. 'Afrin? kau dah mati!' jerit Daniel. Arfin hanya tersenyum.

'sedarlah long,kau dah banyak buat dosa.ingat tuhan long. setiap apa yang kau buat kat dunia ni tuhan akan balas kat akhirat.insaf long. kesian mama dan abah.' kata Arfin.

'tak..tak...ni semua mimpi! aku dah upah orang supaya bunuh kau! kau kan dah mati masa kereta kau kemalangan masuk gaung! ini semua mimpi!' jerit Daniel.

'along...walaupun along bunuh angah.angah tak kesah.angah cuma nak along bertaubat.ingat Allah. kesian mama dan abah long.siang malam menangis dan berdoa kat Allah supaya bukakan pintu hati along untuk bertaubat.' kata Arfin lagi.

Fasha menghampiri Daniel dan Arfin. 'Daniel...janin ni dari benih you.janin ini anak kita. takkan you lupa masa i jumpa you kat pub malam tu? you bawak i pergi hotel, you suruh i gugurkan kandungan ni. i taknak. i rasa berdosa.i nak jaga kandungan ni sampai besar.i tak nak buat dosa lagi.tapi you langsung tak nak dengar penjelasan i.you pukul i sampai lebam.you tendang perut i.masa tu perut i sakit sangat.i mintak you bawak i pergi hospital.tapi you terus jalan tak pedulikan i.' jelas Fasha.

Daniel kelihatan terpinga-pinga. memang pada malam itu dia ingin mengadakan majlis kerana dia berjaya menyingkirkan Arfin dengan cara kotor. dia mengupah orang untuk membunuh Arfin,adik kandungnya sendiri.Daniel sanggup buat apa saja agar dia berjaya menjadi CEO syarikat. pada malam itu juga Fasha datang menemuinya d pub untuk memberitahu tentang kandungannya yang berusia 2bulan. peristiwa malam itu menerjah kembali fikiran Daniel.

Daniel merenung wajah Arfin.wajah Arfin seperti bercahaya. Dari kecil lagi Daniel tidak bersefahaman dengan Arfin. sebenarnya Daniel cemburu kerana mama dan abahnya lebih menyayangi Arfin.Dia bertekad untuk menyingkirkan Arfin dengan apa cara sekalipun.

Daniel renung pula Fasha.sungguh berbeza saat pertama kali dia menemui Fasha. Fasha memakai jubah putih.sungguh cantik. dan fasha juga berpurdah.

tiba-tiba keadaan sekeliling Daniel bertukar seperti berada di kawasan pembakaran.sungguh panas. badan Daniel berpeluh-peluh sehingga bajunya basah seperti mandi hujan.

Daniel melihat ada lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.

tubuh Daniel bergetar. Arfin menghampiri Daniel. 'along,ini ialah balasan yang di janjikan Allah kepada umatNya yang berzina sedang dia mempunyai isteri atau suami.'

Daniel melihat Arfin dengan penuh perasaan takut. lutut Daniel menggigil.tangannya sejuk. 'a...a..along,nak jumpa A..aisyah.' airmata Daniel mula menitis.

Tiba-tiba kedengaran seorang wanita membaca ayat suci Al-Quran. Daniel segera menoleh kebelakang. 'Aisyah...?' kata Daniel. keadaan sekeliling Daniel berubah menjadi biliknya. Daniel menghampiri Aisyah.di sentuhnya bahu wanita yg sedang khusyuk membaca ayat suci al-Quran itu namun wanita itu tidak memandangnya. Daniel memanggil-manggil Aisyah namun sia-sia. Aisyah tidak dengar.

'ya Allah,sembuhkanlah suami ku.seburuk apa pun dia,dia tetap suami ku.dia jodohku yg telah tertulis d Lauhul Mahfuz untukku,dia imam ku. sedarkanlah dia dari koma ya Allah. aku tidak sanggup kehilangannya. aku sayang suami ku Ya Allah. Engkau Kuatkanlah hati ku untuk menerima Ujian Mu ini ya Allah.amin ya rabb.'

tanpa di sedari airmata daniel mengalir ketika mendengar Doa isterinya. Daniel tidak sangka bahawa aisyah masih ingin mendoakan kesihatannya.

keadaan kembali gelap gelita. Daniel bingung. dia mencari cahaya agar dia dapat melihat. Daniel memejamkan mata. saat Daniel membuka mata dia melihat mama dan abahnya. Daniel menatap sekujur tubuh yang terbaring lesu d hadapannya. kini dia berada di hospital dan tubuh yang berada di depannya itu ialah jasadnya. mama dan abah Daniel tidak mengenal erti penat untuk terus membaca surah Yaasin. Daniel sebak melihat airmata mamanya yang tidak berhenti mengalir.begitu juga abahnya.

Daniel memandang ke belakang, dia melihat Arfin dan Fasha memanggilnya. 'along, Allah masih berikan along peluang untuk hidup.jangan sia-siakan peluang ni long.' kata Arfin tersenyum. Daniel memandang Fasha. Fasha mengganguk perlahan. 'berubahlah Daniel.hanya insan yang di pilih Allah akan dapat peluang macam ni. bersyukurlah sebab Allah masih sayangkan awak.DIA nak awak bertaubat. saya dah maafkan kesalahan awak. anak kita mungkin tengah gembira bersama bidadari syurga. hanya seseorang yang dapat membantu awak, Aisyah. mintalah dia ajar awak solat taubat. pada mulanya saya jumpa dia kerana ingin memberitahu dia tentang kandungan ni dan melepaskan awak agar awak menikahi saya. namun perasaan marah saya berkurang tatkala dia hanya tersenyum tenang selepas mengetahui tentang janin ni. dia juga kata dia benarkan awak menikahi saya. dia juga nasihatkan saya agar saya bertaubat.dan saya telah menemui ajal saya ketika mempertahankan nyawa bayi ini Daniel.' kata fasha lgi.

Daniel hanya memandang sayu wajah adiknya. begitu juga Fasha. dia berdosa. dia khilaf. Daniel memeluk Arfin erat. sungguh dia menyesal kerana telah membunuh adik kandung sendiri. Daniel memejam matanya.

setelah sedar dari koma, Daniel terus memohon maaf kepada kedua orang tuanya. Daniel juga memohon maaf kepada isterinya. airmata Daniel tidak berhenti mengalir kerana terkenang dosa yang dia lakukan sebelum koma.

sebulan kemudian

'Aisyah,jom solat.dah jam3.jom solat tahajjud sayang.' kata Daniel lembut. Aisyah lantas bangun lalu mengambil wudhuk. ketika membaca Doa, Aisyah hanya memandang suaminya yang begitu khusyuk berdoa. kedengaraan esakan Daniel. sepanjang solat , tidak kira solat sunat mahupun solat 5 waktu. ketika membaca doa Daniel pasti akan menangis. setelah selesai solat tahajjud, Daniel membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk. Daniel telah berubah sepenuhnya. hidupnya kini penuh dengan keinsafan. Daniel tekad untuk meninggalkan dunia lamanya. dunia hitam dan dunia yang penuh dosa dan noda.

Daniel sering terjaga sepertiga malam. dia merasa bahawa dia dekat dengan Allah. Daniel akan melakukan solat tahajjud dan hajat. Daniel akan berzikir sementara menunggu Azan subuh.

Daniel tidak pernah rasa hatinya damai dan tenang sebegini. hendak meninggalkan solat 1 waktu saja hatinya bergetar dan tidak senang duduk.

tiba-tiba Daniel mata Daniel memandang 1 gambar. Gambar keluarganya. ada dia,Arfin,mama dan abah.
'ya Allah,tempatkanlah adik ku d tempat orang2 yg beriman ya Allah. Engkau berilah kesihatan kepada kedua orang tua ku. Kau lindungilah kami dunia dan akhirat. Terima kasih Ya Allah, Kau telah membuka hati ku untuk insaf. kini ku sedar bahawa kekayaan d dunia tidak akan menjamin kebahagian di akhirat.' airmata Daniel mengalir deras.


Comments

Popular posts from this blog

saya suka awak :)

best friend since 2003 :')