renungan untuk kita semua :)
- Get link
- X
- Other Apps
Teguran Rasulullah S.A.W kepada Sahabat yang Ketawa
Suatu ketika Rasulullah S.A.W dalam perjalanan untuk menunaikan solat
lalu Baginda S.A.W ternampak satu kumpulan orang yang sedang ketawa
berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi. Rasulullah S.A.W bersabda, "
Sekiranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku keadaan
yang saya lihat ini."
Oleh itu, perbanyakkanlah mengingati maut. Tiada satu hari pun berlalu tanpa kubur berkata, " Aku ialah rumah kesunyian, rumah keseorangan, rumah debu dan rumah ulat-ulat."
Apabila seseorang mukmin dimasukkan ke dalam kubur maka kubur akan
berkata, " Kedatanganmu dialu-alukan, tersangat baik kerana kamu telah
datang kepadaku. Daripada kalangan manusia yang berjalan diatas muka
bumi, engkaulah yang paling aku sukai. Hari ini engkau telah datang
kepadaku, engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku."
Selepas itu kubur akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan
terbuka satu pintu yang melalui pintu itu akan masuk bayu dan
wangi-wangian dari syurga secara berterusan.
Apabila orang yang
berdosa dimasukkan, kubur akan berkata, " Tiada kata-kata aluan untuk
kedatanganmu. Sangat jelek kedatanganmu. Daripada kalangan manusia yang
berjalan diatas muka bumi engkaulah yang paling aku benci. Hari ini
engkau telah diserahkan kepadaku, engkau akan melihat layanan
daripadaku."
Selepas itu kubur akan menghimpitnya sehingga
tulang-tulang rusuk akan berceragah antara satu sama lain. Kemudian
tujuh puluh ekor ular akan dilepaskan ke atasnya. Sekiranya seekor
sahaja daripada ular itu menghamburkan bisa ke atas bumi, maka sehelai
rumput pun tidak akan tinggal. Ular itu akan terus mematuk orang
tersebut hingga hari kiamat. Selepas itu Rasulullah S.A.W bersabda, "
Kubur merupakan satu kebun daripada kebun-kebun syurga ataupun satu
lembah daripada lembah-lembah neraka." (Misykat)...
Keterangan
dari kisah diatas: Takutkan ALLAH S.W.T ialah perkara yang sangat-sangat
perlu lagi penting. Perkara inilah yang menyebabkan Rasulullah S.A.W
sering duduk merenung. Mengingati maut akan menambahkan sifat takut
kepada ALLAH S.W.T. Oleh sebab itulah, Rasulullah S.A.W menyarankan
supaya kita sering mengingati maut kerana amalan ini penting lagi pula
memberi manfaat.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment