awak,jaga mata saya tau :)

awak dan saya kenal dari darjah 3  lagi. kita selalu sama2. pergi sekolah sama2. balik sekolah pun sama2. kat sekolah ramai orang kata kita dah mcm kembar. kat mana ada awak,kat situ ada saya. kita rehat sama2. pergi kantin sama2. kat kelas awak duduk sebelah saya. saya gembira sangat sebab kita selalu sama2.

tapii..... 

sejak ada dia awak dah berubah. awak selalu pergi sekolah dengan dia. balik pun dengan dia. bila saya ajak awak rehat sama2 awak tak nak awak kata awak nak rehat dengan dia. takpe,saya faham. saya cuba senyum depan awak. saya tak nak awak tahu betapa kecewanya awak dah tak nak rehat dengan saya.

hari tu awak pindah tempat duduk. saya tanya kenapa awak kata awak nak duduk dengan dia. awak kata dia pandai, dia boleh ajar awak. saya cuba senyum lagi alaupun airmata saya rasa nak jatuh. takpe awak saya faham, mungkin kalau awak dengan dia awak boleh dapat keputusan yg lbih cemerlang. maklumlah dia ada tuisyen persendirian saya pulak cuma mak yg ajar.

awak ingat tak dulu kita selalu main kat taman permainan depan rumah kita. kita main sorok-sorok, main kejar-kejar, bnyak lagi lah permainan yg kita main. walaupun kita cuma bermain berdua tapi masa tu kita gembira sangat. kita tak perlukan 10orang untuk main smua tu. cukup awak dan saya. kemarin saya nak ajak awak main kat taman lagi mcm dulu tapi awak kata awak nak pergi rumah dia. saya cuba senyum lagi sebab saya tau kat rumah dia awak boleh main game ps3,psp dan game kat komputer. saya takde smua tu. yg saya ada cuma congkak dan batu seremban. takpe la. mungkin awak dah bosan asyik main permainan yg sama.


dah hampir 2minggu kita tak tegur. saya rindu awak. saya rindu nak main dengan awak. saya nak ketawa dengan awak. tpi sekarang saya tengok awak lebih seronok bila dengan dia. awak...saya rindu awak :'(
 saya harap kita boleh jadi kawan mcam dulu lagi ye. saya tetap akan tunggu awak tau!

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

semalam mak awak telefon saya. mak awak kata awak kat hospital.
awak saya risau. kenapa awak tak hati-hati masa melintas jalan?
awak tau tak saya sedih bila mak awak kata mata awak tak boleh berfungsi dah.
saya sedih sangat bila mak awak kata awak dah buta.
saya tambah sedih bila dia dah tak nak kawan awak sebab awak dah buta. sampainya hati dia wak!
tapi takpe awak jangan risau ye. saya tetap kan sisi awak. 
saya nak jadi kawan awak selama-lamanya walaupun saya kecewa bila awak balik2 tnya tentang dia :')

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

awak, saya gembira sangat. sebab lepas ni awak dah boleh melihat ciptaan Allah swt dah.
lepas ni awak tak buta lagi. 
saya rasa lepas ni mesti dia nak kawan dengan awak dah.
awak jangan sedih lagi tau.
bila awak dah boleh melihat. awak minta tau surat kat mak awak.
saya ada tinggalkan surat kat mak awak. surat tu untuk awak.
jangan lupa baca tau!

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -  - -
*bila mata si A dah celik macam dlu, mak si A bagi si A surat daripada si B*

: assalamualaikum awak. saya gembira sangat awak dah boleh melihat. saya harap awak dapat jaga mata tu baik2 tau. sbb mata tu lah pemberian saya yang terakhir. lepas ni kita dah tak sama sekolah dah. saya akan ikut ayah saya pindah. awak jaga diri baik2 tau. lepas ni saya dah tak dapat nak pergi sekolah dengan awak. nak pulang sekolah dengan awak. nak rehat sama2 dengan awak apatah lagi nak main dengan awak. saya boleh kira sampai 100 klau nak main sorok-sorok tapi saya takkan dapat jumpa awak. saya akan sentiasa ingat senyuman awak tu. sayang awak! awak jangan sedih bila saya dah tkde. sbb sebelum ni pun awak bleh gembira tanpa saya. saya selalu rindu awak. saya harap kita akan jumpa lagi.


*ketika si A baca surat tu baru dia sedar yang dia dah sia2kan kawan baiknya yang sanggup berkorban demi dia.*

# so kawan2 semua. hargai orang yg sayang kat kita sebelum dia pergi tinggalkan kita. walaupun kita ada kawan baru jangan pernah lupakan kawan lama kita :) 



Comments

Popular posts from this blog

saya suka awak :)

best friend since 2003 :')