sahabat :)
assalamualaikum blogger :) ni nak share crita yg dia pernah share kat diya. entah kat mna dia dpt crita ni. wlaupun crita ni simple je tpi ada makna. nak tau apa maknanya? haa, silakan baca ^^
Helaian demi helaian buku itu diselak.
Tiba-tiba sekeping sampul surat berwarna hijau jatuh dari salah satu
helaian yang diselak. Sampul itu diambil. Tertera di hadapan muka sampul
itu "UNTUK SEORANG SAHABAT". Hatinya tertanya-tanya siapa empunya surat
itu. Mungkin seseorang yang meminjam buku sebelumnya tertinggal surat
di dalam buku ini. Namun hatinya tertarik untuk membaca isi di dalamnya.
Lantas dibuka sampul itu. Tertera tinta pen berdakwat hitam menghiasi
kertas putih itu.
********************************************
"UNTUK SEORANG SAHABAT"
Saya dan awak adalah sahabat. saya sentiasa ada di waktu awak susah dan senang. saya sentiasa di sisi awak waktu suka dan duka. saya selalu memberi awak kata-kata semangat agar awak lebih mengenali siapa diri awak yang sebenar. saya selalu buat awak ketawa dan tersenyum di kala awak sepi. saya selalu memujuk awak kalau awak menangis dan sedih. saya dan awak adalah sahabat. awak pernah memutuskan persahabatan saya. namun ibarat pepatah, persahabatan tidak pernah akan putus. suatu hari nanti pasti sahabat itu dicari semula. saya tidak pernah membuang sahabat tetapi kadang-kadang sahabat itu yang membuang saya. dari sini saya mengajar awak erti keikhlasan dalam persahabatan. saya dan awak adalah sahabat. saya banyak belajar erti persahabatan dalam hubungan ini. untuk bersahabat dengan saya, awak kena belajar berterus-terang kerana dalam hukum persahabatan tiada rahsia yang boleh membuatkan hati seorang sahabat terluka. awak kena pandai menjaga hati seorang sahabat supaya awak tidak akan kehilangan erti sahabat yang sebenar.
Untuk awak, saya titipkan satu kata-kata yang diperolehi dari pembacaan...
Kalau satu hari awak menangis, beritahu saya. saya tak janji nak buat awak tersenyum tapi saya boleh nangis bersama awak. kalau satu hari awak ada masalah, beritahu saya. saya tak janji dapata beri awak penyelesaian tapi awak boleh kongsi dengan saya. kalau satu hari awak nak berjalan, beritahu saya. saya bukan nak halang awak tapi saya boleh teman awak dan menjaga awak.kalau satu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar cerita awak, saya janji saya akan ada untuk awak.
Tapi kalau satu hari awak perlukan saya, dan saya tak muncul-muncul mungkin kerana Allah S.W.T lebih memerlukan saya saat itu, saya pula perlukan 'hadiah' PERSAHABATAN dari awak.
***************************************
Usai membacanya, hatinya tersentuh. Disimpan kembali surat itu ke dalam sampulnya. Biarlah surat itu berada dalam buku itu agar setiap insan yang meminjam buku ini dapat membacan isi surat ini. Kerana surat ini bukanlah rahsia hati seseorang tetapi rahsia hati seorang sahabat yang belajar apa itu erti persahabatan.

Comments
Post a Comment