identiti?



entri ni bukan untuk siapa-siapa melainkan diri sendiri yang hina lagi berdosa....

dengan tersangkutnya hijab di kepala
orang lain boleh cop yang engkau ni seorang muslimah

YA ENGKAU MEMBAWA IDENTITI SEORANG MUSLIM

tak kira tudung kau labuh atau tidak kau tetap bawa identiti seorang muslimah

baju kau ketat atau longgar kau tetap bawa identiti seorang muslimah

seluar atau skirt yang kau pakai kau tetap bawa identiti seorang muslimah

tapi kali ni aku lebih tumpukan kepada si muslimah bertudung labuh

sayang....
sungguh sejuk mata memandang.
pakai labuh patuh syariah.
tudung labuh menutup dada
seperti dituntut dalam agama.
SYABAS! engkau berjaya menutup aurat dengan sempurna.

tapi sayang seribu kali sayang
jika pakaian tak serupa akhlak.

aurat tertutup cantik tapi mulut lancang bersuara.
aurat tertutup rapi tapi dating ke sini sana.
aurat terlindung tapi suka mengumpat
aurat terhijab tapi suka mencari salah orang

apa erti tudung yang kau pakai wahai muslimah?

aku bukan ingin menentang si muslimah bertudung labuh. TIDAK SAMA SEKALI!

kalian saudara ku dan kita seagama.

pesan ku cuma satu

PERBAIKI AKHLAK MU!

bukan ku suruh engkau berlakon berlagak baik di depan umum. bukan.
aku tidak suruh engkau menjadi HIPOKRIT.

kau boleh saja menjadi dirimu sendiri tapi kau kena ingat batas-batasnya.

orang sekeliling memandang mu hebat
orang sekeliling menyanjung engkau
orang sekeliling hormat kan engkau
dan orang sekeliling juga memandang mu tinggi darjatnya

kau kena beringat wahai muslimah si tudung labuh.

ada batas-batas yang kau perlu dijaga ketika menyarung tudung labuh itu.
jangan kau lupa kau sedang membawa IDENTITI seorang ISLAM.

aku tak suruh engkau tanggalkan tudung labuh kau TIDAK SAYANG

aku cuma pinta kau perbaiki apa yang sepatutnya....

jaga mulut mu
jangan sedap dipandang tapi buruk didengar.

aku tak mahu kerana engkau yang lain turut terkena bahangnya.

buang yang buruk.

lempar tabiat buruk itu jauh-jauh bukan tanggalkan tudung yang labuh.

ku doakan agar semua kita cantik akhlaknya, kuat agamanya, dan tebal imannya. AAMIIN


Comments

Popular posts from this blog

saya suka awak :)

best friend since 2003 :')