Posts

masa

"katanya sayang tapi asyik sibuk 24jam" kau kena ingat bukan 24jam orang tu sentiasa ada masa untuk kita dia ada hal dia sendiri ativiti dia sendiri urusan dia sendiri cuba untuk faham masa orang lain :)

cari

jiwa rasa kosong ibarat ada yang tertinggal cari punya cari akhirnya jumpa kau tahu apa dia? ALLAH. kau cuma letak DIA di hati masa susah tapi buang masa senang

perasaan

perasaan itu unik kadang bertindak diluar jangkauan kita paling best sekali dia jatuh hati tanpa dipaksa sedar-sedar saja hati dah berbunga-bunga boleh jadi orang yang kau benci kemarin bertukar jadi orang yang kau sayang hari ni boleh jadi orang yang kau menyampah dulu bertukar jadi orang yang paling kau cinta sekarang tak mustahil. kenapa? kerana hati itu sifatnya berbolak-balik

terima kasih :)

setiap orang ada insan istimewa dalam hidupnya. ya, begitu juga aku. selain keluarga, aku punya dia. dia selalu ada di setiap saat. bukan saja saat senang bahkan juga saat susah. dia memilih untuk cuba bertahan walaupun tahu kekurangan dia memilih untuk melindungi walaupun dia tahu dia akan disakiti dia memilih untuk tersenyum walaupun tatkala jiwanya meraung  dia memilih untuk berdiam saat marah berbanding melemparkan amarahnya dia memilih untuk membantu walaupun jasadnya lelah dia memilih untuk menghiburkan walaupun sukar dan yang paling penting DIA MEMILIH UNTUK SETIA WALAUPUN SAAT DIA MAMPU TINGGALKAN terima kasih :)

kuatlah wahai diri

tubuh itu makin lemah jasadnya makin rapuh jiwanya makin terseksa mentalnya makin sakit bersabarlah duhai diri, ujian itu bukan membebankan ujian itu menguatkan ingatkah kau surah Al-Baqarah ayat 286 ? la yukallafu allahu nafsan illa wus a'haa Allah tidak menguji diluar kemampuan hamba-Nya rawatlah diri dengan kalam-Nya aku mengerti ujian itu pahit tapi kau kena ingat ganjarannya manis :)

jarak

jarak itu bukan penghalang bukan juga punca dua insan saling mencintai itu terpisah jarak itu tidak kejam bukan juga sebab kenapa dua insan saling menyayangi pergi dan tak kembali jarak tak salah yang salah cuma si pencinta yang tak tahu hargai jarak yang memisahkan mereka jarak itu sebenarnya indah jika diambil dari sudut positif indahnya jika sang pencinta tahu manfaatkan jarak yang ditakdirkan mereka terpisah bukan kerana jarak jarak hanya alasan untuk menutup kesalahan yang sebenar

mujahidah

aku amati wajah itu wajah yang kusam bibirnya merekah kekeringan terdapat lebam pada tepi bibirnya aku perhatikan pula lirik matanya aku dapat melihat airmata yang bertakung di tabir matanya ya. mata itu. mata yang sayu dan layu tergambar episode hitam pada mata itu mata yang melihat segala kehancuran mata yang melihat segala pembunuhan ngeri mata yang melihat saudara-saudaranya mati pandangan kami saling berpaut. dia mengukir senyuman hambar namun tetap kelihatan manis ya. itulah senyuman seorang mujahidah yang kuat fizikal dan mentalnya seorang mujahidah yang masih bertahan menahan sakit jasmani dan rohaninya aku kagum. sungguh aku kagum. begitu besar ujian yang dilalui namun dia tetap  berlapang dada kepada Ilahi tidak pernah meraung menyalahkan takdir namun sebaliknya mulut tak henti-henti berzikir....